Sunday, September 11, 2011

beristighfarlah


ada ketika kita lalai untuk mengucapkan istighfar.Walhal ia mudah untuk dilakukan. Lebih malang lagi 



apabila lafaz istighfar x pernah meniti di bibir. Namun tahukah anda, dengan beristighfar, ia sbenarnya menjadi perisai dari segala godaan syaitan yang sentiasa meruntum hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa. Tetapi kita selalu terlupa. Ulama Salaf, Ibnu Jauzi menjelaskan, ''Sesungguhnya iblis berkata, aku membinasakan anak adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illahallah. Maka ketika aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Justeru, seorang lagi ulama salaf, Rabi' bin Khutsaim berkata ''Memohonlah dengan sungguh-sungguh kepada Rabb(Tuhan) kamu, dan berdoalah kepada-Nya di saat lapang. Sebab Allah berfirman, ''Barang siapa berdoa kepada ku di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang sesiapa meminta kepada Ku, maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada Ku, Aku akan mengangkatnya. Barangsiapa mengabdikan dirinya untuk ku. Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunan kepada ku, Aku akan mengampuninya.''


note: kalau korang ada apa-apa masalah & mengalami apa-apa musibah,runsing atau apa2..satu cara je berzikirlah insyAllah hati anda akan tenang:)

1 Comments:

At September 12, 2011 at 8:59 AM , Blogger Cik AdeQ... said...

baca jgn xbaca..klo bce oo bru taw;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home